March 16, 2011

Prep :)


Ruby is the best , the best is Ruby :)

Saya rindu nak prep dengan dia dekat Dewan Tuanku Syed Putra malam malam . Dia baik dan comel . Saya rindu dia . Takda kucing lain yang boleh lawan dia . Dirtee ? Please . Tyra , tolong oke ?

March 15, 2011

HAHA :D


Assalamualaikum . Hoho hari ni aku jadi perempuan HOT terbakar hangit rentung lah . Sebab apa ? Call TNB tanya ! *panas ni panas . Ada patut tengah tengah hari rembang macam ni takda karan . Memang saaaangat tak patut kan kan ??? Ni yang chek nak keluaq semua utara hari ni ni . Haishhh ! Takpa , cooool anis cooool ! *eceh , bajet semata mata . Ha , semalam kan , mak aku buat wedges untuk dinner . Kasut wedges ? Yang tu takyah buat , rumah aku berlungguk duk ada . Ala , potato wedges yang macam KFC duk buat sampai jilat habis jari kaki tu . Ha yang tu la .. Amboi bukan main senang nak buat .. baby yang keluaq seminggu pun dah boleh try .. kalau tak caya sapa sapa yang ada adik baru diberanakkan tu , suruh dia buat . Gerenti lepas tu kena ligan dengan mak ! *mengarut nih . Takyah susah susah nak pi KFC pun nak makan wedges . Sumpah senang gila kottt ! *ayat sekarang wajib ada kot belakang kan ? So this is it .

Potato wedges . :)
Tetiba aku ngidam nak makan roti telur (gambar diatas) . Abah aku pun beli la plain Gardenia tu . Aku pun prepare la dengan telur yang akan direndami oleh roti *maaf cikgu BM :)
Mak aku suruh masak pakai butter . Then oke . First and second potong butter masuk dalam kuali tu mak aku yang buat , lepas tu mak aku pi mandi aku la ambil alih . Mula mula potong oke lagi . Second potong , aku pun tak tau apa dosa aku buat sampai butter tu terjun dalam kuali . Dah la terjun tak habaq dulu . Aku nasib tak melompat syiling atas sebab gabra kan . Boleh diibaratkan macam gambar kat bawah la aku ni
MEOWWWWWWWW !!!
Nasib baik la mak aku dah habis mandi lepas tu dia pun mai la angkat dengan sudu . Huhh ! Nak gila aku . Aku kalau saat saat genting Highland macam ni memang aku tak tau nak buat apa . kalau rumah terbakaq pun rasanya aku boleh duk saja lagi kott . Haishhh ! Mintak mintak dak la nohhh .
Malu malu >__<
P/s : Berpeluh peluh ni time taip ni . HOT kottt !

March 13, 2011

FAKTA !


Assalamualaikum , amboi aku .. tengah tengah hari dah menaip ni .. nak mengisi masa bosan sebenonye .. Walaupun Physics kena siapkan satu buku tajuk Form 4 tapi lekk lu (hotak aku) . Semalam dah buat sikit . Baru tehegeh hegeh nak refer buku . Tu laa , dulu time cigu lelah ngajo kat depan , aku penat tido kat belakang . Dunia bagaikan aku yang punya time tu . Tak caya ? tanya student yang masih lagi student *keling . Aku ingat lagi dulu belajar ABC bukan main mudah . Time exam pun 5 minit dah habis , hantar kat cikgu pastu cikgu pun kata " suka hati la nak buat apa pun , jangan bakar sekolah sudah " tapi yang tu yang aku buat *melalut !



No wonder today got a sentence ' As easy as ABC '
Tapi sekarang ni , semua semakin susah . Kepala otak pun penah bagitau kat aku bagi ruang dekat dia sikit . Kesusahan tu ditambah lagi dengan kebebanan . Masyarakat sekarang nak sangat the ' A ' alphabet . Tapi tanpa disedari pelajar jadi mangsa . Yes , memang tanggungjawab kami untuk belajar . Tapi belajar bukan untuk ' A ' semata mata . Ilmu yang dituntut biarlah menjadi bekalan dalam diri . Bila student dipaksa belajar ni la yang jadi
BOSAN !
Bila bosan + terlalu sibuk dengan aktiviti + tak diberi masa rehat , hasilnya , bila diberi cuti walaupun 2 hari ..... hasil inilah yang student akan buat
Tidur dari lepas Zohor sampai orang azan Maghrib
Lepas tu , bila dekat dekat nak
baru kelam kabut nak bukak buku .. bukak buku pun tebalik .. Ada yang lagi bijak , komik dalam buku Biology .
Result pun ...
P/s : Maaf jika ada yang tak sependapat dengan post ni . :)

Lamanyaaaa ...







Test market sikit je :)

Assalamualaikum ... Errrr , speechless lah sebab lame sangat tak jumpa kan ? (tutup muka malu malu) . Sampai rumah petang Jumaat pukul 6 something by bas uncle unknown . Phewww ! Letih kottt . Nothing fun happened at Beseri .. Oh ya , went Kem Tasoh for 3 days and fatigue . Gila is the only word I could describe how the camp was . Tapi aku paling suka orienteering dengan nightwalk . Ramai gila yang sumpah seranah waktu nightwalk malam tu . Ecehh , tuan tu buat kecoh suruh buka kasut la , buka baju laa .. macam macam . Rase macam takde motif la pulak benda alah tu . Before that ade Minggu Aktiviti . The activities mostly about SUPER and Sambutan Maulidur Rasul . And we faced Selaras 1 for this semester . Ehemmm .. taknak komen apa apa . Oke , dekat rumah pulak so far takde apa sangat . Just Sabtu petang aku kemas almari yang menjadi ternakan lipas buat sekian lama . Amboii , sedap ja lipas tu buat kediaman dalam almari aku . Tapi petang kemarin aku dah pecahbelahkan rumahtangga mereka .. alololo syiannye . Peduli ape aku ! Waktu mengemas tu , selain terjumpa telur cicak and telur lipas , kulit ular pun ade jugak .. Caishhh ! tak seteruk tu .. banyak jugak khazanah lama lama aku jumpa . Salasilah keturunan je aku tak jumpa . kalau jumpa yang tu rasanya aku kena cabut almari tu jual kot .
Nak ambil UPSR . Gambar waktu jahanam ., ehh , darjah enam ..
Academy Thorium . The best class I ever knew . Wishing you guys the best .
+ Dhiya Dinie Saad
Roomate lama aku . TT 20 . RINDU !
So , banyak lagi sebenarnya nak tunjuk .. Tapi malas nak upload banyak banyak . Tapi serious kemarin aku sedih je tengok gambar kelas tu . Gedik kan ? sekarang ni aku tengok semua dah cantik , semua dah hensem .. Time flow kan ? Eh , aku nak recommend la pegi tengok Big Momma Like Father Like Son , sumpah BEST weyh ! 5 stars sesuai lah untuk cerita tu . Aku gelak macam nak tercabut gigi dah tapi nasib sempat pegang . World Invasion : Battle Los Angeles tu pun macam not bad . Next time oke jugak :)
So , till now , TATA ^__^
P/s : Saya mula berminat dengan novel Cecelia Ahern . Baru sekarang nak minat ? LANTAK !

February 4, 2011

Teluk Bahang :)

Assalamualaikum . Currently ada dekat Teluk Bahang sekarang . Memang berbahang sungguh . Last minute plan .. so keadaan tak terkawal sangat . Jalan jem teruk ... perut pun dah bertukar jadi iPod .. Ermm maklumlah breakfast pukul 11 pagi tadi sampai pukul 5 petang baru dapat makan nasi . Jalan jem pun sebab ada beberapa ekor siput babi gagah jugak nak guna jalan raya .. dah tau lembab pun masih tiada kesedaran *senyum . Sampai sampai beach tu , masalah nak pilih tempat pula .. Biasalah tu , rakyat ramai so masing masing ada opinion . About setengah jam *hiperbola pilih tempat , duduk la nak makan . Rasa macam nak selam muka dalam tupperware tu sebab lapar hanya Allah ja yang tau . Adoiii .. Ceh , cadang sampai sampai tu terus nak snap gambar dulu pastu baru makan . Tapiii tak boleh tahaaaann .. Perut mesti kenyang . So , any gambar pun tak sempat nak ambil . Later on lahh . Rasa tenang la sikit tengok bitch kat sini errr ,, maksud aku beach . Tadi waktu kat rumah serabut kepala otak buat folio akaun . Anyway , credits to Ipin sebab dengan penuh sabar melayan karenah aku yang tadi tu rasa macam nak ambil laptop hempuk 2 3 kali sebab buat akaun tak dapat dapat . Sekarang dah abis melahap *kasarnye so agenda lepas ni adalah nganga bagi angin masuk badan sampai bulat :D Eceh .. padahal dah bulat . HAHA ! Kalau boleh aku nak keadaan macam ni sampai SPM . Duduk je kat rumah tak payah balik maktab ... Boleh enjoy dengan family .. boleh gather macam ni . Kalau semua ada lagi best ... tapi masing masing balik kampung *sedih . So , enjoy your day too .. Till next , TATA <3
P/s : When you feel down , believe that theres still have Allah and family to undertand you . HEARTS !

February 3, 2011

2 Januari - 2 Februari 2011




Assalamualaikum .... Amboi , lama sungguh tak ketemu :) Sebulan dekat Beseri rasa macam sebulan di PLKN . Jalan nak ke kelas pagi pagi rasa macam jungle treking . Tepat pukul 2 tu , tiba masa untuk busy . Makan pun telan yang mana sempat masuk mulut :D
Pukul 3 clear block untuk ESG sampai pukul 5 . 5.30 adalah sesi mengasah bakat di basketball court sampai 6.15 . Sport shoes aku sangat hebat sampai boleh rasa angin masuk .. balik tu busy untuk ke surau pulak . Masuk toilet , air ada lagi setitik dua .. usung la toiletries nak pegi toilet satu lagi . Tapi kena beratur macam nak ambik makanan kat DS pulak toilet tu . Tengah tengah mandi .. eh eh , dah azan . Ngeee .. Maghrib kat bilik la maknanya .. Fine , tau aku dah kantoi .. Facts paling menarik rasanya dalam masa sebulan ni , sekali ja sempat breakfast . Hari lain tu , kalau nasib tak baik , Cikgu Faizal turun rollcall , kena kawad sampai hancur kasut *hiperbola . Maktab semakin strict . Rules makin ketat . Public phone makin banyak , tapi cekik duit . Jadual makin pack . Kalau boleh HEP nak buat prep non-stop rasanya . Pagi petang siang malam punya ada prep . Kasut waktu balik 2 Januari tu hitam lagi , tapi seminggu lepas tu nak panggil kasut hitam pun tak sampai hati . Dah jadi kelabu taik anjing je aku tengok . Malam malam prep dengan Ruby ... Walaupun bersin macam nak tercabut hidung tapi tak kisah .. Ruby pun kadang kadang bersin sekali . Awww . Comel kot .
Planner maktab . Segalanya tercatat disini .
Perasaan bila habis kelas kemarin ..
P/s : Maktab buat semua ni untuk menjadikan yang terbaik untuk warganya . REDHA !

December 31, 2010

Kisah si minah yang kuat


Ada aku kesah ?
:D
Assalamualaikum . Hari ni aku nak story mory sikit pasal sorang minah ni yang kuat dari segi fizikal dan mental *mengarut . Akhir akhir ni kepale hotak minah tu memang serabut serabai sikit .. maksud aku banyak sebab beliau terpakse balik ke MRSM ......... *biar Siti Nurhaliza je tau sebab rahsie . Perasaan beliau bercampur baur dan kini telah pun disebatikan untuk dimasukkan ke dalam oven lalu dibakar lalu hilanglah perasaan jahanam itu *terkasar pulak , opss ! Bagi minah itu , jika dunia itu adalah dunia suka hati , maka dengan suka hati jugaklah beliau akan berambus dari maktab kesayangannya lalu further studies beliau dekat sekolah governmental sahaja *jangan marah . Tapi , unfortunately , dunia ini ada peraturan , jadi terpaksalah juga beliau meneruskan sahaja pengajian di maktab tercinta . Bukannya die terlalu sayang dekat dunia online yang menjadi rakan karibnya semenjak beliau bercuti , akan tetapi dia tidak sanggup lagi menghadapi tohmahan dari orang sekelilingya yang jelas kelihatan mereka sangat dahagakan tapak kasut milik beliau . Tapi bila beliau berbincang dengan hati dan kepale hotaknye , beliau redha untuk balik semula ke pangkuan maktab setelah 2 bulan terpisah . Walaupun tiada perasaan rindu untuk maktab itu akan tetapi beliau sedar bahawa di maktab itulah permulaan kehidupan yang mempunyai masa depan yang cerah seakan akan disuluh spotlight . Beliau kini menjadi kuat dan cekal hati . Beliau berjanji akan fokus dan tidak mengendahkan apa yang dikutuk orang mengenai beliau . Arghh ! Persetankan setan setan itu ! Bagi beliau , setiap kutukan dan tohmahan dari kutu dan ikan toman itu menjadi inspirasi untuk beliau berjaye . Ha , tunggu ape lagi ? Kutuk la beliau . Nanti pertandingan mengutuk beliau akan diadakan di dewan maktab . Masa dan tarikh akan disahkan kemudian . Beliau ini sering menjadi tumpuan rakan rakan yang sangat 'mengambil berat' mengenai beliau kerana beliau merupakan seorang yang 'pandai' , 'rajin' serta tidak dapat digambarkan lagi . Bertuahnye beliau mendapat rakan yang sangat 'baik hati dan selalu cares pasal beliau . Beliau dikatakan amat terharu pada ketika ini . Beliau berazam untuk buktikan kepada rakan rakan beliau itu bahawa hidup itu umpama roda sebuah trelar *faham sendiri . Sekian berita pada pagi ini .
P/s : Beliau yang kini sedang menulis blog ini amat berbesar hati untuk pulang ke maktab beliau kerana ingin memulakan hidup baru . Sekehlah beliau sekiranya ini hanya omongan kosong .

December 30, 2010

Terima kasih 2010 :)

Assalamualaikum .. Wohoo ! I just can't BELIEVE in what my mind keep thinking .. Going back to maktab !!! Awesome kan ?? *muke menyampah . There , I should know I am not alone going through this 'precious moment' *shall plus 'very' I think . To be honest , I can't wait until 1st January 2011 . Kenape ? Maybe sebab finally I am a SENIOR . Yeah , wish to be a good one . So , para para junior takyah takut dengan ini manusia oke . And , I hope you would not call me 'Kak Anis' , 'Akak' , or something yang nampak I am an old-woman-to-be . Just Anis , besides sangat simple kan ? *mengade . And to be honest too , I am quite sad , diulang .. QUITE SAD sebab 2011 gonna be my final year jadi anak MARA :') . Advanced a million thanks to MARA sebab sudi terima saya balik even pernah dianaktirikan dulu . 2007 - 2011 . Macam tak percaye je kan .. Dulu dulu lepas UPSR terus mintak borang . First intake tak dapat , kecewa amat . Fine , takde rezeki . Sek . Men . Kebangsaan Permatang Pasir jadi sekolah aku . Satu malam tu , tengah surf internet kat rumah tok , mak takde pegi kursus . Abah kat rumah dengan adik . Tangan gatal gedik nak cek result untuk second intake . Masuk masuk I/C ke angka giliran *tak ingat , tiba tiba ..
:)
:)
:)
" Tahniah , anda berjaya menempatkan diri ke MRSM LANGKAWI " .
:)
:)
:)
Taktau nak peluk sape waktu tu , walaupun ade tiang kat sebelah , tapi tak upaye sebab terlalu happy . Call abah kat rumah . Abah datang rumah tok *kat depan rumah aku je pun . Abah nampak happy sangat . Aku jangan cakaplah . Abah tak berani bagi keputusan aku boleh pegi ke tak . Call mak . Mak macam tak bagi sebab aku sembunyikan kertas Geografi aku yang dapat 28% je waktu first test sekolah aku . HAHA :D . Mak cakap mak balik nanti discuss lain . Fine , berdoa sampai mak balik . Izin Allah , mak bagi . Ohh , tak sabarnye nak masuk asrama . Excited macam nak pegi oversea dah waktu tu .. padahal overthesea je pun . 1st April 2007 , pegi register . Wowww ! Ramai giler kawan . TT 20 bilik aku time form 1 and form 2 , TL 32 bilik aku time form 3 . Thorium name kelas aku . Tarmizi 07 pulak homeroom aku . 3 important things sepanjang aku hidup kat sane . Kawan kawan best .. semua hebat hebat . Cikgu cikgu jangan cakap lah . Semua macam pakar setiap subjek je . Waktu form 2 dah belajar naik flight *gedik . bukan ape , nak try je ... Sampai 6th November 2009 , kami berpisah . Dengan harapan dapat gather balik semua 147 Veaceans .. tapi takde rezeki . Ade yang kena berundur termasuk aku . *redha .. tapi still taknak campur dengan budak government sebab tak biasa dengan environment study ape semua *maaf . Buat rayuan sampai pejabat MARA dekat Jalan Raja Laut . wohoo ! Alhamdulillah , dapat . Buat program kat Taiping seminggu macam tu . Result bagitau dapat Beseri . Errrr , tak kisah mane mane pun , janji MRSM . Sebelum tu sekolah biase dulu . Menakutkan dengan student diorang , tapi cikgu hebat . mengajar faham . Pegi Beseri , DB 0 - 13 jadi tempat berteduh . M - 10 Ustazah Rasitah serta Fabulous . Sumpah terus terang tak best langsung *sorry , Im trying to be honest . Try cari kawan yang memahami . Yes , Tyra , Sanah , Ifah .. Get along with them je everytime , everywhere . Bile dengan diorang , rase happy . They could lend me their soulders to cry . And their ears to hear I marah maki hamun someone . Sayang korang kot . And not to forget my long - lasting friends , Alyaa , Dhiya , Uzma . Sumpah rindu korang . Alyaa tak sebab selalu keluar *muke bosan . Haha :D
Banyak jugak bende lain yang menganggu aku . In easy word , love or in easier word berkasih sayang antara lelaki dengan perempuan . Dekat Langkawi , sorang je . Yang minat dalam diam tak termasuk . Dekat Beseri , errrr .. ade , tapi let it pegi main main dekat playground dalam hati I ni dulu . SPM comes first when I turn 17 . Yeah , agreed with them who said 'Sweet 16' . 16 is very sweet . because we getting matured . and 16 jugak time nak menggatal *hindarkan . What I really wish when I pass the maktab's gate , I wanna make a change . Change , change , change ! SPM is the starter of my future . Focus , focus , focus ! Lantak lah orang nak cakap ape ape pun .. lagi kite fikir lagi kite tension . Aku rase aku macam nak buat hal sendiri je dalam maktab . Orang nak cakap aku bodoh sebab kene repeat ? go on babes , my word is " ada aku kesah ? " . memang aku kene repeat banyak paper pun , ha , ngutuk lah *panas . Bak kate abang Raja , lumrah manusia mengate manusia . takkan manusia tetibe nak pegi kutuk kucing yang jilat buntut dia sendiri kot . Aku jadikan a senior dekat Langkawi sebagai contoh untuk aku berubah . Form 4 gile sosial . Orang semua ngutuk die *aku pun sekali . Tapi bile naik form 5 aku dengar Alyaa cerita , she's change a lot . sacrifice semua benda termask tidur ! I RESPECT YOU , SENIOR . Hope to be like her . This post saje suke suke sebab fikiran tengah bercelaru fikir banyak benda . TATA <3
P/s : Ya Allah , berilah aku kekuatan untuk menghadapi segala dugaanMu . Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui . Engkau telah merancang dan memberi sesuatu yang baik kepada hambaMu . Berilah aku petunjuk dan hidayahMu untuk aku berubah menjadi seorang yang lebih baik . Bantulah hamba ini yang kerdil di sisiMu Ya Allah . Amin ....

December 26, 2010

Bersyukurrrrrrrrr !!

Pagi pagi pegi sekolah adik beli buku . Balik singgah kedai beli udang . Balik rumah buka buku masakan mak , selak selak . Excited ! Nahhhh ! U dang masam manis . Sedap ? Err , sangat tak tau nak explain macam mana . Tapi , saya bersyukur sebab kenyang . Oke , tata :0
P/s : malas nak tulis sebab banyak homework belum siap .. haihhhh

December 23, 2010

...



" I am giving you my heart ! "

TRY NAK AVOID .. TAPI ..

Assalamualaikum .. nak cakap selamat malam rase macam tak patut , selamat pagi rase teramat paling awal lah pulak .. selamat lamgi oke ? Aktiviti memanjat gunung hari ni buat aku tak berdaya *tolong jangan percaya .. Tadi pegi Tesco .. tiba tiba

Anis : Bukan Tesco ni yang tu punya ke ?

Abah : Israel ?

Anis : A ah ..

Mak : Ala , niat kita nak beli barang keperluan ja .. bukan nak sumbang pun kat sana ..

Anis : Tapi bukan para ustaz cakap kalau boleh hindarkan ?

Mak : Cuba imagine macam mana kita nak hindar sedangkan yang tu keselesaan kita .

Anis : Tapi kan dah ada yang Islam punya tu ..

Mak : Ye la .. tapi cuba tanya , bahan bahan tu semua dijamin takda langsung dari Israel ?

Anis : A ah kan *berfikir plus setuju ..

Betul jugak ape yang mak aku cakap .. kita tak tau pun bahan bahan yang diorang gune tu dari mana .. Ye la , aku respect la orang yang try avoid barang barang dari sana .. tapi ada setengah tu yang elok elok pakai cleanser yang bukan national punya , tetiba ja tukar pakai yang dalam Malaysia punya brand .. pastu duk mai tegegeh ngadu cakap muka naik jerawat la , jeragat la .. Aku naik dua dua tak kata apa pun .. Ada yang sanggup takmau makan Pizza Hut sebab cakap benda tu yang Israel punya francais .. tapi bila orang p redeem voucher NIE Star hari tu , dia duk telan lebih .. *sapa makan cili , dia berasap telinga oke ..

December 21, 2010

Surat untuk mak ( bacalah dengan penuh perasaan )

Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari ..
Dah 10 bulan pun mak pergi ..
Rase macam baru semalam je mak peluk kite ..
Mak tau tak ..
itulah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kite dewasa
dan itu juga terakhir kalinya ..
ermmm , rupanya mak dah tau mak nak pegi jauh
nak tinggalkan anak anak mak ni
nak tinggalkan dunia fana ni ..
Mak macam dah sedia
seminggu sebelum tu ,
mak menganyam 3 helai tikar mengkuang
akak kata sampai pagi mak anyam tikar tu
tak rase ngantuk , tak rase letih ..
Pastu mak pasang radio kecil kat sebelah mak
tapi mak tak sedar yang tu siaran Siam
kadang kadang Indonesia ..
mak terus tekun menganyam
rupanya tikar tu nak mengiringi mak ke kubur ...
Pastu mak sapu sampah depan rumah bersih bersih
mak jemur karpet karpet
mak ubah sofa ke tempat lain
mak biarkan ruang tu kosong
rupanya mak nak letak jenazah mak ..
Mak ade bagitau kat mane duit & barang kemas mak
ada kat dalam almari
kat dalam dalam beg
ada kat ASB
ada kat dalam Tabung Haji
kat dalam gulung tikar pun ade ...
Masa tu mak perasan tak ?
kite gelak gile waktu mak cakap duit ade dalam gulung tikar
kite cakap mak ni memang pesyen lama la
mak gelak jer time tu
Emmm , bahagianya waktu tu ....
Mak , hari Sabtu 18 Ogos 1999 pukul 3 petang mak tetibe sakit perut
bile malam tu kite sampai dari KL
mak dah dalam kesakitan
akak & abang kat kampung semua dah pujuk
mak tetap takmau pi hospital
tinggal giliran kite je yang belum pujuk
mak kate mak takmau duduk dalam hospital
tapi kita berkeras jugak pujuk
nanti dalam hospital ade doktor
ade ubat untuk mak ..
Mak tetap tak bersetuju
mak memang degil ..
tapi mak sakit perut sampai takleh sentuh lansung perut
kami berpakat nak hantar jugak mak pegi hospital ....
Mak ..
ampunkan kami semua
kami nak mak sihat ..
kami sayang mak
kami takmau mak sakit
kami terpaksa jugak hantar mak pergi hospital
ampunkan kami mak ......
Mak , malam tu abang bawak mak pegi hospital
dan malam tu lah kali pertama & terakhir mak naik kereta kite ..
masih terbayang betapa gembira dan cerianya mak
kite kate nak beli kereta
mak asyik tanya cukup ke duit
kite kate kalau tak cukup duit mak kan banyak
mak gelak je ...
Lepas tu bile kereta kite sampai
mak buat kenduri kesyukuran
dan kite masih ingat lagi
bile kite eksiden terlanggar Ah Chong naik motor
punye la kite takut
kite warning akak jangan sesekali gitau dekat mak ...
bile balik kampung
kite cepat cepat simpan kereta dalam garaj
tapi mak perasan bumper depan kemek
mak tanya kenape ??
kite selamber cakap terlanggar pokok bunga ....
Mak ...
tujuan kite menipu tu supaya mak tak risau
ampunkan kite sebab sampai mak pergi pun mak tak tau hal sebenar ...
ampunkan kite mak ...
Mak ...
jam 4.30 pagi 19 Ogos 2006
bila tiba aja kat hospital
nurse tengah balut mak dengan kain putih ..
mesti mak nampak kite jatuh terduduk atas lantai hospital
mak mesti nampak abang cium dahi mak
mak mesti nampak akak bacekan doa untuk mak
mak mesti nampak semua tu kan .. kan .. ??
Mak tau tak ..
pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi dalam keadaan separuh sedar
adik kat sebelah diam layan perasaan ..
kenangan bersama mak berputar dalam kepala
jalan di depan terasa kelam
air mata tak mampu ditahan ..
masa tu seandainya apa apa terjadi pun kite rela
tapi Alhamdulillah , kite selamat ..
Mak ..
kite masih ingat lagi
kite bace Al Quran di tepi mak temankan mak
jam 11 pagi mak dimandikan
anak anak mak yang pangku mak mandi
mak mesti rase betapa lembutnya kami menggosok seluruh tubuh mak ...
kite gosok kaki mak perlahan lahan
mak perasan tak mak ???
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kite
die cakap " dik , jangan nangis .. kalau sayang mak jangan buat gitu .. "
bile makcik tu kate macam tu
lagi laa laju air mate kite
tapi kite kawal supaya tak menitis atas mak ...
Mak ...
sebelum muka mak ditutup buat selamanya
semua anak anak mak mengelilingi mak
menatap wajah mak buat kali terakhir
semua orang kata muka mak macam senyum ja
mak rase tak
mase tu kite sentuh dahi mak
kite rase sejukk sangat dahi mak
kite tak mampu nak cium mak
kite tak daya
kite tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar ..
air mate kite tak boleh tahan
mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam untuk solat jenazah mak
tapi tok imam yang bacekan doa sebab kite sebak .......
Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah
akak dah terkulai dalam pelukan makcik
badan akak panas
mak ...
anak mak yang sorang tu demam ...
Mak .. hari hari kulalui tanpa kewujudan mak lagi
begitu terasa kehilangan mak ...
boleh kate setiap malam lepas Maghrib anak mak ni berendam air mate
dah sampai satu tahap
mase tu malam Jumaat lepas Maghrib
lepas kite bace Yasin dengan kawan kawan kite
entah kenape bile kat bilik kite keluarkan gambar gambar mak
tangisan tak dapat dibendung lagi
kite sayu sangat ...
Mak tauu ...
kite cube bertahan
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda
kite rase nak telefon mak je ...
nak cakap dengan mak ..
akhirnya dalam sedu sedan tu kite call kampung
akak yang jawab ..
kite cakap dengan akak , kite nangis lagi ..
akak cakap " dah la tu , berdoa je untuk mak .. "
last last akak pun nangis sekali ..
Mak ..
kite stop dulu
sebab kawan kite dah lame tunggu
akhir kate untuk mak
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih sebab membesarkan kite
bagi kite sepenuh kasih sayang dari kecik sampai masuk sekolah
sampai masuk universiti
sampai kite boleh rase naik kapal terbang ..
boleh rase duduk negara orang
hingga akhir hayat ni , jasa mak tak mampu kite balas ....
P/s : Mak , Anis sayang mak ...

Kurang dari seminggu


I want to stay at home :(

Assalamualaikum .. Less than 10 days , my life become as normal .. RULES , FRIENDS and TEACHERS .. Stop the moment please ? I am not ready enough to face the situation . I wished I just got back from Beseri and

started my amazing holidays . I wished a letter from Beseri and informed me " You have a month more before you could come back to Beseri " . Ohh , only God know how much I wish for that . As I step into Beseri , I know I'll be facing the most unwanted thing , S-P-M *even it's starter for our future . God , I hope you give the strengh to face all the challenges . AMIN~
P/s : All of sudden terfikir pasal Beseri .

December 19, 2010

Ulat dalam batu pun boleh hidup ?


Sape rase ulat ni comel ? pergi depan cermin cakap " kau gile ke ? ''
Assalamualaikum everyone .. Lampiran di atas menunjukkan seekor ulat sedang tergedik tekinja oke . Aku sure korang semua mesti penah dengar istilah ulat dalam batu pun boleh hidup . penah ? sape tak penah aku tembak ! Pakcik serta makcik sekalian , selalunye time drama lah istilah ni ade kan ?? Contohnye
Mak : Samad , macam mane kau nak sara anak bini kau kalau kau keja pun malas * sambil tengok Samad atas kusyen kayu
Samad : Ala mak , ulat dalam batu pun boleh hidup ! *sambil bangun dari kusyen terus keluar rumah
Mak : Pegi mampus lah kau ! *oke , yang ni aku tambah ..
Korang faham tak ulat ? kita ni manusia .. Secara logiknya :
  • mane ade ulat dalam batu
  • ulat kena beli pampers Mamy Poko ke untuk anak dia ?
  • ulat ade perasaan nak makan kat restoran mahal mahal ?
  • ulat kene bayar bil letrik , bil air ?
  • ulat beli topup ? beli hoticket ?
  • ulat perlu beli baju raya untuk anak bini dia ?
  • ulat kalau sakit takyah g klinik , mampus terus je ..

Setakat yang aku list tu faham ? ye , aku tau la peribahasa macam tu .. tapi kepada pengarah pengarah drama tu sebelum buat skrip LU PIKIRLAH SENDIRI !

P/s : Aku pun tak tau ape masalah aku tetibe je nak post pasal ulat .. :)

December 16, 2010

Fly to Korea .....


Assalamualaikum orang kampung semua ! apa habaq hampa ??? kami harap hampa semua oke la noh ... Baiklah tuan tuan dan puan puan , entry pada kali ini akan membawa kalian terbang ke Korea bersama aku .. Haaaaa , excited kan ?? aku sendiri pun tak de la penah sangka aku akan sampai kat Korea nihh .. banyak tempat menarik kat sini .. sape sape yang obes sangat , maksud aku obses sangat dengan Korean guy kat sini , better don't la .. sebab aku sendiri pun tak boleh beza whether guy or girl .. tak caye ?? jap gi aku tunjuk gambar kat korang oke ? Banyak jugak tempat aku melawat .. nak senaraikan pun sangatlah susah nak taip , aku takut typing error je kalau Korean bace blog aku , mampus *perasan .. Aku rase macam nak freez je kat sini sebab sekarang tengah summer .. err , sory winter :) Rasa macam nak tercabut hidung dah ni sebab kebas .. semua sweater kat kedai aku sapu kerana alasan yang sama iaitu sejuk .. *gedik .. Oke lah , cakap pasal makanan , aku ade jugak ternampak restoran McD and KFC yang menjadi kegilaan kita kat Malaysia .. terliur jugak aku tadi sebenarnye , tapi nak suruh aku jadi lagi bengap ke hape makan makanan non - halal .. susah jugak nak cari makanan kat sini sebab kebanyakannya makanan yang was was .. tapi as long aku baru sehari kat sini so , aku rase banyak lagi kedai makan yang aku boleh cari yang jual makanan halal .. InsyaAllah~ So korang boleh la tengok gambar aku kat sini oke ..
Heeee~
P/s : Jangan marah , aku gurau je oke ?? tak salah kan nak berangan kejap :)

December 15, 2010

Kesabaran meninggi


Teringin ???
Assalamualaikum readers , oke , aku rasa ini kali kedua aku tulis untuk hari ni kan ? Ahh , lantak :) Korang kenal gambar ape kat atas ? tu sejenis permainan dulu dulu .. tak caye ? try search kat google *lawak bangang malam ni .. sebenarnye tadi aku tengah khusyuk buat Sejarah , *bangga Cikgu Bad :D , lepas tu , terasa nak tulis blog jap .. meluahkan ape yang terjadi di kala mambang mambang telah berlaku
Tepat pukul 6.45 petang , aku keluar duk depan rumah jap . Lepas tengok bebudak gedik main semua , aku pun ingat nak masuk rumah balik .. mak aku pulak merantau belakang rumah , aku tak tau la dia nak carik ape , aku pun ikut *terhegeh hegeh .. Tiba tiba aku terjenguk kat pokok mempelam belakang rumah aku tuh , mak aiiii .... tap , tap , tap ... air liur aku meleleh .. Dengan excitednya aku masuk dalam , aku amik ..... cube korang teka ape .. sape tak jawab putus sahabat .. amik gunting lahh ! nak mampus cabut pakai tangan je , Miss Kerengga yang slim lagi cun tu dah la suka attack orang tak kire jantan betina .. tau la cun pun .. *tak puas hati ni
lepas tu aku masuk dalam rendam buah tu ...
****************************************************
Tepat pukul 8.30 malam , time mak aku tengah cuak sebab gas dapur habis , aku pun rampas la phone abah aku .. nak buat pe ? dah phone , kena la rampas *sakai .. Aku nak call Dhiya Dinie lah .. kenape ? Haaa , kejap ..
Dhiya : Hello !
Anis : Errr , hello , erm , Dhiya boleh tak bagitau kat aku resepi nak buat sambal kicap tu ?
Dhiya : Yang mana ?
Anis : Yang cicah dengan pelam tu la ..
Dhiya : Ohh .. ok , mula mula amik cili api , belacan ..... bla .. bla .. bla ..
Anis : Ohh . Thanks Dhiya !
Dhiya : Oke , welcome
Aku pun mula la operasi , cili api aku amik dalam 13 batang .. belacan sebesar ibu jari , gula entah berapa sudu aku letak .. Lepas tu aku pun blend la .. Excited punye blend ni .. Aku tuang dalam mangkuk pastu letak kicap masin .. Excited la jugak aku nak rase .. mula mula aku rasa dekat jari je .. Urghhh , pedas cam harem .. aku sedapkan hati , mungkin tangan aku bekas cili kot . Aku test pakai sudu pulak .. Aku pandang sinki sebelah aku .. nampak comel je sinki tu .. lagi comel kalau aku humban benda alah bagai tu dalam sinki tu ! Ape aku buat ni .. Monyet masak lagi sedap .. Pastu mak aku pun datang , die touch up sikit mane yang boleh .. last last sedap jugak .. terima kasih Dhiya and mak :) kalau harap aku , alamatnye , sinki tu lah yang mencicah malam ni .. *tak masuk akal .. tapi kesian jugak kat adik and sepupu sepapat aku yang kecik kecik tu .. pedas , tak boleh makan ! tak pe , save sikit .. betul tak ? *jeng jeng , kedekut .
Lepas tu , dalam pukul 9.45 macam tu , aku start la masak ayam masak kicap .. ikut buku resepi mak aku beli kat Popular .. tapi tak ikut sangat pun .. aku feel better ikut mak aku punye resepi yang korang akan kata tak masuk akal sebab simple dimple sangat *ayat bangang ..
Masak punye masak , last last dalam pukul 10 lebih macam tu .. baru boleh melantak nasi .. tapi bukan dengan ayam tu , yang tu untuk esok .. makan dengan lauk siang tadi .. Alhamdulillah .. Tengok tengok pulak Malaysia 2-o dengan Vietnam .. Alhamdulillah lagi sekali walaupun aku tak de lah tau pun malam ni ada tournament .. Hehe :D
P/s : Mak saya punya dadih sangat sedap . sesiapa berminat ermm hubungi balai bomba berdekatan ye .. *smile to make your day kan ??

Pengaruh syaitan besar

Comel kan ?
Assalamualaikum readers , just going to spend a minutes on my blog kan sayang ?? Miss you lots lah :D *gedik . Tadi on my facebook , my eyes caught on Myzatil's ( my ex roomate and classmate ) status . Dia suruh bace this :
Salah siape ? takde jawapan untuk soalan tu .. we never failed to do a mistake kan ? kita jugak tak boleh nak predict something .. Kadang kadang kita try nak elak untuk benda tu terjadi .. tapiiii ....
Mak aku selalu cakap " Allah is well - planned " .. dan aku rasa benda tu sangat betul sebab Allah yang mencipta kita dan hanya Dia yang tau apa nasib kita dan masa depan kita .. Sebab tu juga ada yang setuju dengan quote " Everythings happened for a reason " .. mungkin apa yang jadi dekat budak laki tu dapat bagi pengajaran dekat dia supaya dia lebih berhati hati dengan dunia ..
Aku selalu buat muka nyampah + meluat + bengkek kalau abang abang Badar kata " COUPLE TU HARAM ! " sebagai manusia paranormal , errr .. normal , aku rasa tak puas hati kalau fitrah dinafikan .. Couple ? it's nature babe .. Haha :D aku salah rupanya *cetek ilmu agama
No wonder la sepanjang 4 tahun aku menghabiskan duit MARA , Badar sangat menitikberatkan hal hal couple nih .. kat Langkawi ke , Taiping ke *ecehh , Beseri lagi lah ! ye la , orang yang mengenali dan mempelajari hadis pun boleh runtuh iman dia semata mata cinta .. apatah lagi kita yang entah terima entah tidak ibadah kita selama nih .. was was juga hal tu sebab aku selalu terfikir nak buat apa lepas ni , nak pegi mana lepas ni , nak makan apa lepas ni *tak abis abis makan waktu aku solat .. bukan tak belajar cara cara khusyuk dalam solat , ustaz Naza dah asma dah ulang benda tu .. tapi entah la .. kena try lagi ni .. InsyaAllah
Berbalik topik .. Si budak laki tu mesti tak penah jangka dengan kehadiran si perempuan tu boleh buat dia jadi macam tu kan ? yela , permulaan surat to thank him .. *eceh , sweet .. tapi dengan godaan syaitan untuk si laki balas surat tu , haaa , dia mula dahh !
Berdasarkan komen komen dengan My tadi , dia cakap kalau terjadi benda yang macam ni , we do really need a true friend .. yang boleh penyepak kita .. eh , yang boleh tegur kita kalau kita buat benda yang salah .. kawan yang tak penah putus asa untuk berdoa dekat Allah supaya dapat hidayah dari Allah ..
Kita selalu terfikir , macam mana nak elak dari godaan syaitan kan *padahal aku je yang selalu fikir .. aku pun selalu terfikir , macam mana kalau aku tido dan esok pagi aku dah tak bangun .. cukup ke amalan aku ? diterima ke ibadah aku ? macam mana dengan dosa aku sesama manusia ? mungkin sebab tu aku tido lambat kot *eceh , alasan ..
Sekarang pun dah banyak tanda tanda kiamat .. ramai mak nyah and pengkid *geli .. bangunan tinggi yang kita banggakan pun bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan *persediaan SPM .. ada jugak kisah perempuan yang mengetuai laki laki .. urusan agama ditadbir oleh orang bukan Islam ? ermm , yang tu tak dengar lagi ..
Bila terfikir sejenak benda ni memang menakutkan .. rasa diri hina di sisi Allah .. Wallahualam~ aku ambik kesempatan ni ucap terima kasih dekat mak , abah and kawan kawan .. especially Tyra , Ifah and Sanah .. yela , diorang selalu maki maki aku kalau aku tertinggal solat *hiperbola kan ? hehe :) taklah , diorang selalu tegur aku kalau aku lambat solat .. bagus , aku suka korang tau .. at least aku tak lalai .. Alhamdulillah~
p/s : Aku tulis ape yang aku rasa , bukan untuk berpura pura sebagai perempuan yang baik . Sesungguhnya , inilah rasa hati aku yang selama ni aku tak tau nak luah kat sape ...

December 14, 2010

Aku rindu kau



Hey semua .. Err , comel kan rabbit tu ? Sambut krismas kot *buang tebiat . Ape sebenarnya aku nak sampaikan huh ? Oh ingat .. nak cakap yang aku rindu kat blog ni .. ye la , berabad dah aku tak update .. bukan tak nak update tapi aku rase macam malas la nak upload gambar gambar cuti tu .. nanti lah lepas aku SPM aku upload lah kot . Nak kate busy memanglah , ye la aku kan PA menteri .. maunye tak .. Haihh .. lagi berapa hari je dah nak masuk Form 5 , tapi macam tak sedar diri je lagi kan ? agaknye kena buang jauh jauh tv dengan laptop ni . semua mall aku nak bakar , tak yah gedik gedik nak hangout dengan kawan dah . Oh baru teringat , esok kawan kawan sekolah rendah ajak hangout di Jusco Perda , maaaaffff ye korang , aku tak penah ade transpot sendiri .. basikal kat depan rumah tu aku takut tercabut je pedal dia .. Aku tulis entry ni sambil ditemani alunan lagu InsyaAllah .. tapi bukan Maher Zain nyanyi , sepupu aku nyanyi dengan versi cakap tak terus .. takkan aku nak penyepak anak orang pulak kan .. sabo je la hati ... Sampai sini je kot aku rase , TATA :)

December 10, 2010

BLOGSPOT :)

*UPDATED SOON

December 3, 2010

Model terbaik dari ladang




Cuaca pada hari ini amat menyeronokkan kanak kanak ribena seperti si pembaca dan amat mendukacitakan bagi sang ibu ibu yang baru selesai spin baju yang seminggu tidak dibasuh ( maklumlah kerja ) . Hujan , bersyukur pada ALLAH sebab Dia bagi juga flora flora kat bumi ni air . nak harap aku siram , suriram ade lah macam biase arh , nampak je hujan turun , macam jakun je si kakak dan si adik berlari ke luar . eh , mak bising *biar ! kali ni kali ke-2 aku main hujan sepanjang cuti yang amat mencabar ni .. kalau kat maktab tu , dah banyak kali sampai hujan pun nyampah nak turun sebab budak budak sakai jakun sangat dengan hujan . ye la , mane taknye , time tak hujan tak nak pulak redah pegi cafe , kalau time hujan tu la usus besar dan kecik dalam perut ni tehegeh hegeh nak makanan . tapi hujan kali ni , ade photoshoot sikit *eceh .. yela , selalu hujan time mak aku keje , takkan nak gune phone sony erricson yang ..... ok STOP ! malas nak explain takut nanti ramai pulak yang nak hulur baru kan ?? weeeee~ nak gune camera , nak charge lagi , elok elok penuh je , dah terik balik . so , hari ni gune la phone mak yang canggih manggih tu ... baik ye tuan tuan dan puan puan , photoshoot yang dijalankan pada hari ini berjalan lancar sebab ade model terbaik dari ladang ... sape ? kucing aku kot ... eceh , tak lah .. nak tau sape ? segale lampiran , bibliografi dan bagailah semuanye kat bawah ... tapi memang pelik lah kan , ye la . mane ade orang main hujan pakai payung yedok ?? :) nampak je macam ni , tapi hujan sebenonye lobat mak aii ..
p/s : Setakat tu je la aku bole tunjuk . yang lain sensored *eceh .. tata <3