Ada aku kesah ?
:D
Assalamualaikum . Hari ni aku nak story mory sikit pasal sorang minah ni yang kuat dari segi fizikal dan mental *mengarut . Akhir akhir ni kepale hotak minah tu memang serabut serabai sikit .. maksud aku banyak sebab beliau terpakse balik ke MRSM ......... *biar Siti Nurhaliza je tau sebab rahsie . Perasaan beliau bercampur baur dan kini telah pun disebatikan untuk dimasukkan ke dalam oven lalu dibakar lalu hilanglah perasaan jahanam itu *terkasar pulak , opss ! Bagi minah itu , jika dunia itu adalah dunia suka hati , maka dengan suka hati jugaklah beliau akan berambus dari maktab kesayangannya lalu further studies beliau dekat sekolah governmental sahaja *jangan marah . Tapi , unfortunately , dunia ini ada peraturan , jadi terpaksalah juga beliau meneruskan sahaja pengajian di maktab tercinta . Bukannya die terlalu sayang dekat dunia online yang menjadi rakan karibnya semenjak beliau bercuti , akan tetapi dia tidak sanggup lagi menghadapi tohmahan dari orang sekelilingya yang jelas kelihatan mereka sangat dahagakan tapak kasut milik beliau . Tapi bila beliau berbincang dengan hati dan kepale hotaknye , beliau redha untuk balik semula ke pangkuan maktab setelah 2 bulan terpisah . Walaupun tiada perasaan rindu untuk maktab itu akan tetapi beliau sedar bahawa di maktab itulah permulaan kehidupan yang mempunyai masa depan yang cerah seakan akan disuluh spotlight . Beliau kini menjadi kuat dan cekal hati . Beliau berjanji akan fokus dan tidak mengendahkan apa yang dikutuk orang mengenai beliau . Arghh ! Persetankan setan setan itu ! Bagi beliau , setiap kutukan dan tohmahan dari kutu dan ikan toman itu menjadi inspirasi untuk beliau berjaye . Ha , tunggu ape lagi ? Kutuk la beliau . Nanti pertandingan mengutuk beliau akan diadakan di dewan maktab . Masa dan tarikh akan disahkan kemudian . Beliau ini sering menjadi tumpuan rakan rakan yang sangat 'mengambil berat' mengenai beliau kerana beliau merupakan seorang yang 'pandai' , 'rajin' serta tidak dapat digambarkan lagi . Bertuahnye beliau mendapat rakan yang sangat 'baik hati dan selalu cares pasal beliau . Beliau dikatakan amat terharu pada ketika ini . Beliau berazam untuk buktikan kepada rakan rakan beliau itu bahawa hidup itu umpama roda sebuah trelar *faham sendiri . Sekian berita pada pagi ini .
P/s : Beliau yang kini sedang menulis blog ini amat berbesar hati untuk pulang ke maktab beliau kerana ingin memulakan hidup baru . Sekehlah beliau sekiranya ini hanya omongan kosong .


