December 15, 2010

Pengaruh syaitan besar

Comel kan ?
Assalamualaikum readers , just going to spend a minutes on my blog kan sayang ?? Miss you lots lah :D *gedik . Tadi on my facebook , my eyes caught on Myzatil's ( my ex roomate and classmate ) status . Dia suruh bace this :
Salah siape ? takde jawapan untuk soalan tu .. we never failed to do a mistake kan ? kita jugak tak boleh nak predict something .. Kadang kadang kita try nak elak untuk benda tu terjadi .. tapiiii ....
Mak aku selalu cakap " Allah is well - planned " .. dan aku rasa benda tu sangat betul sebab Allah yang mencipta kita dan hanya Dia yang tau apa nasib kita dan masa depan kita .. Sebab tu juga ada yang setuju dengan quote " Everythings happened for a reason " .. mungkin apa yang jadi dekat budak laki tu dapat bagi pengajaran dekat dia supaya dia lebih berhati hati dengan dunia ..
Aku selalu buat muka nyampah + meluat + bengkek kalau abang abang Badar kata " COUPLE TU HARAM ! " sebagai manusia paranormal , errr .. normal , aku rasa tak puas hati kalau fitrah dinafikan .. Couple ? it's nature babe .. Haha :D aku salah rupanya *cetek ilmu agama
No wonder la sepanjang 4 tahun aku menghabiskan duit MARA , Badar sangat menitikberatkan hal hal couple nih .. kat Langkawi ke , Taiping ke *ecehh , Beseri lagi lah ! ye la , orang yang mengenali dan mempelajari hadis pun boleh runtuh iman dia semata mata cinta .. apatah lagi kita yang entah terima entah tidak ibadah kita selama nih .. was was juga hal tu sebab aku selalu terfikir nak buat apa lepas ni , nak pegi mana lepas ni , nak makan apa lepas ni *tak abis abis makan waktu aku solat .. bukan tak belajar cara cara khusyuk dalam solat , ustaz Naza dah asma dah ulang benda tu .. tapi entah la .. kena try lagi ni .. InsyaAllah
Berbalik topik .. Si budak laki tu mesti tak penah jangka dengan kehadiran si perempuan tu boleh buat dia jadi macam tu kan ? yela , permulaan surat to thank him .. *eceh , sweet .. tapi dengan godaan syaitan untuk si laki balas surat tu , haaa , dia mula dahh !
Berdasarkan komen komen dengan My tadi , dia cakap kalau terjadi benda yang macam ni , we do really need a true friend .. yang boleh penyepak kita .. eh , yang boleh tegur kita kalau kita buat benda yang salah .. kawan yang tak penah putus asa untuk berdoa dekat Allah supaya dapat hidayah dari Allah ..
Kita selalu terfikir , macam mana nak elak dari godaan syaitan kan *padahal aku je yang selalu fikir .. aku pun selalu terfikir , macam mana kalau aku tido dan esok pagi aku dah tak bangun .. cukup ke amalan aku ? diterima ke ibadah aku ? macam mana dengan dosa aku sesama manusia ? mungkin sebab tu aku tido lambat kot *eceh , alasan ..
Sekarang pun dah banyak tanda tanda kiamat .. ramai mak nyah and pengkid *geli .. bangunan tinggi yang kita banggakan pun bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan *persediaan SPM .. ada jugak kisah perempuan yang mengetuai laki laki .. urusan agama ditadbir oleh orang bukan Islam ? ermm , yang tu tak dengar lagi ..
Bila terfikir sejenak benda ni memang menakutkan .. rasa diri hina di sisi Allah .. Wallahualam~ aku ambik kesempatan ni ucap terima kasih dekat mak , abah and kawan kawan .. especially Tyra , Ifah and Sanah .. yela , diorang selalu maki maki aku kalau aku tertinggal solat *hiperbola kan ? hehe :) taklah , diorang selalu tegur aku kalau aku lambat solat .. bagus , aku suka korang tau .. at least aku tak lalai .. Alhamdulillah~
p/s : Aku tulis ape yang aku rasa , bukan untuk berpura pura sebagai perempuan yang baik . Sesungguhnya , inilah rasa hati aku yang selama ni aku tak tau nak luah kat sape ...

December 14, 2010

Aku rindu kau



Hey semua .. Err , comel kan rabbit tu ? Sambut krismas kot *buang tebiat . Ape sebenarnya aku nak sampaikan huh ? Oh ingat .. nak cakap yang aku rindu kat blog ni .. ye la , berabad dah aku tak update .. bukan tak nak update tapi aku rase macam malas la nak upload gambar gambar cuti tu .. nanti lah lepas aku SPM aku upload lah kot . Nak kate busy memanglah , ye la aku kan PA menteri .. maunye tak .. Haihh .. lagi berapa hari je dah nak masuk Form 5 , tapi macam tak sedar diri je lagi kan ? agaknye kena buang jauh jauh tv dengan laptop ni . semua mall aku nak bakar , tak yah gedik gedik nak hangout dengan kawan dah . Oh baru teringat , esok kawan kawan sekolah rendah ajak hangout di Jusco Perda , maaaaffff ye korang , aku tak penah ade transpot sendiri .. basikal kat depan rumah tu aku takut tercabut je pedal dia .. Aku tulis entry ni sambil ditemani alunan lagu InsyaAllah .. tapi bukan Maher Zain nyanyi , sepupu aku nyanyi dengan versi cakap tak terus .. takkan aku nak penyepak anak orang pulak kan .. sabo je la hati ... Sampai sini je kot aku rase , TATA :)

December 10, 2010

BLOGSPOT :)

*UPDATED SOON

December 3, 2010

Model terbaik dari ladang




Cuaca pada hari ini amat menyeronokkan kanak kanak ribena seperti si pembaca dan amat mendukacitakan bagi sang ibu ibu yang baru selesai spin baju yang seminggu tidak dibasuh ( maklumlah kerja ) . Hujan , bersyukur pada ALLAH sebab Dia bagi juga flora flora kat bumi ni air . nak harap aku siram , suriram ade lah macam biase arh , nampak je hujan turun , macam jakun je si kakak dan si adik berlari ke luar . eh , mak bising *biar ! kali ni kali ke-2 aku main hujan sepanjang cuti yang amat mencabar ni .. kalau kat maktab tu , dah banyak kali sampai hujan pun nyampah nak turun sebab budak budak sakai jakun sangat dengan hujan . ye la , mane taknye , time tak hujan tak nak pulak redah pegi cafe , kalau time hujan tu la usus besar dan kecik dalam perut ni tehegeh hegeh nak makanan . tapi hujan kali ni , ade photoshoot sikit *eceh .. yela , selalu hujan time mak aku keje , takkan nak gune phone sony erricson yang ..... ok STOP ! malas nak explain takut nanti ramai pulak yang nak hulur baru kan ?? weeeee~ nak gune camera , nak charge lagi , elok elok penuh je , dah terik balik . so , hari ni gune la phone mak yang canggih manggih tu ... baik ye tuan tuan dan puan puan , photoshoot yang dijalankan pada hari ini berjalan lancar sebab ade model terbaik dari ladang ... sape ? kucing aku kot ... eceh , tak lah .. nak tau sape ? segale lampiran , bibliografi dan bagailah semuanye kat bawah ... tapi memang pelik lah kan , ye la . mane ade orang main hujan pakai payung yedok ?? :) nampak je macam ni , tapi hujan sebenonye lobat mak aii ..
p/s : Setakat tu je la aku bole tunjuk . yang lain sensored *eceh .. tata <3

Hidayah buatmu ..



Mampukah aku ? Nauzubillah ...

Izah mengirai-ngirai rambutnya yang masih basah. Diselak-selak sendiri dengan tangannya yang mulus. Kemudian, dilap kembali dengan tuala pinknya. Membalut, seterusnya menyanggul rambut ikal mayang basah nya itu.







Dia menapak ke sisi katil. Telefon bimbitnya digagau di bawah bantal. Ia berkelip. Ada dua mesej tertera. Kedua-duanya sudah tidak sabar untuk dibuka. Izah duduk di tepi katil, lantas menekan butang 'open'. Ada mesej dari Ikhwan, ada mesej dari Dzikry. Sambil senyum tipis, membaca sekilas mesej Ikhwan, Izah membiarkannya. Membuka pula mesej Dzikry, juga tersenyum tipis.







Izah berkeputusan membalas kedua-dua mesej tersebut. Sebetulnya sebelum mandi tadi, memang dia sedang bermesej dengan kedua-dua lelaki itu. Dia meletakkan telefon bimbit itu ke atas meja belajarnya. Mengambil losyen Nivea kemudian melumurkan ke bahu kanannya. Jam dari laptopnya berdenting sekali menandakan sudah pukul 7 malam.







Sambil meratakan losyen ke seluruh lengan kanannya, Izah menekan butang 'reply'.







"X wat apa pun..baru siap mandi.."







Izah menekan butang send.







Pintu bilik diketuk perlahan. Salam halus kedengaran pintu bilik dikuak. Muncul Fasihah dengan senyumannya yang manis. Rambutnya juga dibalut dengan tuala, persis Izah. Cuma yang berbeza, Fasihah nampak manis dan sopan dengan baju kelawar bercorak batik labuhnya. Berlengan panjang santak ke hujung lengan. Warna biru laut yang ceria, dihiasi warna-warna pastel yang lain. Tompokan bunga pink, kuning, hijau epal dan lilac tambah menyerikan gadis itu. Sedang Izah ada di birai katil, dengan handphone di tangan, masih selesa berkemban dengan kain batik.







Fasihah cermat-cermat meletakkan baldi berisi bekas mandi dan peralatan mandinya bersebelahan baldi Izah di ruang kanan bilik itu. Kipas siling di bilik 30x25 itu berpusing ligat. Fasihah lantas meleraikan balutan rambutnya. Terurailah rambutnya yang ikal mayang berkilat santak ke punggung itu. Dia mengambil sikat dan menyikatnya perlahan. Usai merapikan rambut, dia terus menyarungkan jubahnya. Anak telekung dipakai, dan telekung solat disuakan ke mukanya. Dia membuka lokernya, menyorong laci seterusnya mengeluarkan sepasang sarung kaki coklat yang baru. Menutup pintu loker seterusnya mengenakan sarung kaki tersebut.







Izah terus-terusan menghadap handphonenya. Fasihah melihat wajahnya sekilas di cermin. Jam berdenting sekali lagi dari laptop Izah menandakan sudah pukul 7.15 malam.







"Ahh..aku perlu cepat. Tak lama lagi azan akan berbunyi. Nanti tak sempat pula nak beriktikaf dan solat sunat qabliyyah," bisik Fasihah.







Fasihah senyum sekilas pada Izah. Izah hanya membalas dengan pandangan kosong. Fasihah terus keluar dan menutup pintu cermat-cermat, dengan Al-Qur'an hijau kesayangannya di tangan kanan. Tanda tanya timbul dalam hati Izah.







"Aik..selalunya dia ajak aku ke surau bersama.. Em, takpelah..bagus jugak. Takdelah aku serba salah nak cari alasan.. Peliknye..nak pi surau je, dekat je pun..nak pakai stokin jugak..hai.." Izah senyum sinis sambil terus menyambung menaip pesanan ringkas.Dzikry menunggu di hujung sana.







Tepat pukul 9.30 malam, Fasihah pulang dengan menjinjit beg plastik. Masih dengan senyumannya, dia hati-hati meleraikan telekung solatnya yang sedikit biru nila itu. Usai disangkut di hanger, lantas menggantungnya di hujung katil, Fasihah menyuakan bungkusan itu pada Izah yang leka mengadap laptopnya. Ada bunyi deringan menandakan mesej masuk. Bunyi mesej YM.







"Zah, jom makan sama-sama. Ada biskut raya. Amalina yang bagi, dia ajak singgah ke biliknya lepas solat Isya' tadi. Baik sangat dia, padahal baru kenal tadi."







Izah berpaling sekilas sambil senyum.







"Emm, takpelah. Kite dah makan petang tadi. Awak makanlah. Malam kite tak makan sangat..takut badan naik..haha," jawab Izah berbasa-basi.







"Owh..ye ke..baguslah. Doktor, mesti jaga kesihatan kan.." Fasihah senyum ceria.







Fasihah mengambil sekeping biskut Almond London, menyuakan ke mulut. Getaran Bismillah kedengaran halus. Usai mengisi lebihan biskut ke dalam tabung biskut di rak teratas, Fasihah mencapai buku teks Usul Akhamnya. Duduk mengadap ke arah kiblat, Fasihah membuka buku tersebut dengan bacaan Bismillah.







"Eii.. tolongla jangan panggil aku Zah. Macam nama orang tua je.. Em, hairan aku. Ramai betul kawan dia. Kejap Sumayyah, kejap Suhaila, kejap Aina, kejap Amalina..mm..apa-apa jelah..." gumam Izah di dalam hatinya.







Pukul 11.30 malam, Fasihah beberapa kali menguap. Izah masih tekun di hadapan laptopnya. Facebook sedang dilayari. YM masih terus dilayani, malah tambah rancak berbunyi.







Fasihah bangun mengambil baldinya. Dia keluar ke tandas yang berada selang beberapa bilik dari bilik kediamannya, D643. Usai memberus gigi, membersih muka dan meratakan air wudhu', dia menapak ke biliknya.







Fasihah membuka mushaf kesayangannya, menyelak tali oren, tempat tanda Surah Al-Mulk. Usai membaca habis surah itu perlahan-lahan, dia menutup mushaf itu, mengucup, mencium dan meletakkan ke dadanya. Erat.







"Zah, hah tidur dulu ea. Em, Zah jangan tidur lewat sangat tau... nanti ada black circle.. nanti hilanglah keayuan Zah..hehe.."







Izah senyum pada Fasihah.







"..Baiklah.. kite pun dah ngantuk jugak ni.."







Fasihah sudah lena dibuai mimpi. Dia tidur mengadap kiblat, dengan rusuk kanan berada di bawah. Desahan nafas halus berirama perlahan.







Pukul 12.30 malam, Izah masih di hadapan laptopnya.







"Ahh..belum solat Isya' lagi..tapi ngantuk la pulak.. Em..tidur dululah. Bangun pukul 4, baru Solat Isyak.."







Izah terus merebahkan badannya ke atas tilam empuk bercadar pink bunga merah itu, sambil menetapkan alarm telefon bimbitnya pada pukul 4 pagi. Tidak lama untuk dia mula belayar di lautan mimpi...







Pukul 3 pagi, Fasihah bangun. Menyucikan diri, menyucikan hati dan nawaitu. Menyegarkan diri dengan air wudhu', Fasihah mengenakan telekung solatnya. Sengaja dia menggantung telekung di hujung katilnya, agar terbangun sahaja, dia dapat melihat telekung itu seraya mengingatkan dirinya untuk solat malam.







Ahh.. solat malam. Nabi Muhammad S.A.W yang maksum, dicintai Allah dan pasti masuk syurga itu saja solat hingga bengkak kakinya. Sedang aku ini.. Maksum? Jauh sekali. Dicintai Allah?? Tak pasti... Syurga?? Ahh.. aku yang hina begini.. entah lah Ya Rabbi. Justeru itu.. izinkan aku bangun di dini hari-Mu ini.. meratap sendu di kaki-Mu Ya Ilahi Rabbi..memeluk bayangan-Mu Ya Habibi Qalbi.. bersimpuh tulus di hadapan-Mu Ya Naasiri..Ya Waliyyi..Anta Maqsuudi..Waridhaaka Mathluubi..







Sekejap sahaja air mata penuh di tubir mata Fasihah. Sendunya berlagu perlahan.. bimbang didengari teman sebilik. Dalam doa dia bertawakkal. Bulat, penuh. Usai berzikir perlahan, membaca Al-Qur'an barang tiga muka, solat witir, Fasihah merebahkan badan kembali, dengan mata yang masih basah.







Baru sahaja dia ingin melelapkan mata, handphone Izah berbunyi. Lagu Lady Gaga.







"Bunyi call? Atau alarm? Tapi biasanya kalau call... bunyinya macam lain.." Fasihah terkejut.







"Emm, pukul 4 pagi. Bangun bertahajjudkah?" Fasihah berteka-teki.







"Alhamdulillah.."







Sudah 3 kali handphonenya berulang dering. Namun Izah hanya bergerak-gerak tanpa memberi tindak balas apa-apa.







"Mungkin dia tidur lewat. Penat benar.." terka Fasihah.







Atas dasar sahabat, dan mungkin niat yang baik di disisi Izah, Fasihah menggerakkan Izah. Mungkin benar dia mahu bertahajjud, kasihan dia jika terlepas. Atau ingin mengulangkaji.. tidak kisahlah. Yang pasti tentu dia ada maksud tersendiri untuk bangun di dinihari itu. Jikalau tidak, masakan dia set alarm handphonenya.







"Zah.. Em.. Izah... Izah. Izah nak bangun ke?" Fasihah menyentuh kaki Izah lembut. Kemudian, Fasihah berhati-hati menggoncang bahu Izah.







"..Ha..Emm..Ya..Ya.." Izah menggosok-gosok matanya. Dia bangun dan duduk di birai katil. Mematikan alarmnya.







Fasihah kembali merebahkan badannya di katil. Cadar warna ungu muda itu dikemaskan sebelum dia merebahkan badannya. Dia tidak tahu bahawa Izah sebenarnya terlena kembali.







Tepat jam 5.30 pagi, Izah terbangun kembali.







"Aduh!! Solat Isya'!"







Mengerling handphonenya sekilas, Izah buru-buru ke tandas untuk mengambil wudhu'. Fajar Subuh akan menyinsing sekejap lagi.







Usai solat, itupun cuma 2,3 minit, Izah melepaskan kelelahannya yang berbaki.







"Ah..nasib baik sempat. Tak pasal-pasal aku kena ganti nanti... macam dua hari lepas..."







Bukan tak selalu Izah begitu. Qadha' solat disebabkan kebiasaannya melewat-lewat dan menangguh-nangguhkan solat. Itupun jika rajin dan teringat. Sudahnya dibiarkan sahaja tanpa menggantinya. Dalam remang bulan dan cahaya lampu mejanya, Izah tertangkap pada helaan nafas halus. Cukup teratur. Ia begitu mendamaikan. Lantas Izah menyoroti pula wajah itu. Ia tambah mendamaikan jiwa.







"Tak banyak beza antara aku dan dia. Rambutnya ikal panjang, lebih kurang sama saja dengan aku. Aku lebih cerah. Aku juga lebih kurus dari dia. Tapi, kenapa dia sangat menawan hati? Renungan matanya bening dan cerah. Kalau aku pun dah fikir begitu, entah apalah pandangan dan fikiran lelaki lain. Agak-agaknya dia ada tak pakwe? Tak pernah sekali pun dia cakap pasal lelaki. Kalau kawannya datang, tak pernah pun bincang pasal topik tu.. habis-habis tentang kuliah-kuliah agama, usrah, isu-isu semasa... tarbiyyah...apa tu? Aku??.." Izah bermonolog dalam hati sendiri.







"..Waktu tidur, Fasihah lagi cantik. Sangat puas menatap wajahnya yang lembut dan bersih itu. Aku? Entahlah...Ahhhhh..." Izah membanding beza lagi. Menjerit kecil dalam relung hati sendiri.







Pandangan mata Izah tertancap pada tangan Fasihah. Lengan bajunya tersingkap ke paras siku. Ada garis di situ. Garis di pergelangan tangannya jelas kelihatan.







"Ah.. jarang sekali untuk melihat lengannya begitu, apatah lagi sering berkemban macam aku.. Ya Allah, dia sebenarnya sangat putih. Cuma tangannya je yang sedikit berlainan. Inilah bukti dia menutup auratnya dengan baik sejak dahulu.. sedang aku? Selesa berlengan pendek ke sana ke mari.." Izah mula sebak.







Dia memandang kembali wajah Fasihah. Garis yang sama juga kelihatan di sekeliling wajahnya yang penuh itu. Ini kerana dia istiqamah dengan tudung labuhnya sejak di bangku sekolah rendah lagi. Menurut foto yang dilihat Izah di atas meja belajar Fasihah.







"..Ya, dia sebenarnya lebih putih dari aku.. lebih cantik dari aku. Aku sahaja yang perasan lebih sebelum ini. Tapi aku akui melihat dia mengenakan telekung solat atau tudung labuhnya, begitu mendamaikan jiwa.."







Izah segera teringat. Waktu itu Fasihah tertinggal bakul bajunya di bilik. Asalnya mungkin dia berkira-kira untuk membasuh baju tersebut. Ada dua helai semuanya. Jubah dan tudung labuhnya Kebetulan mungkin dia terdengar suaraku di bilik mandi itu. Ahh.. aku juga sebenarnya yang mulut luas, bising sahaja berborak dalam bilik air itu. Kebetulan aku terjumpa Zura, roomateku sesi lepas. Apa lagi, tentunya topik itu menjadi bualan. Aku tentang Dzikry dan Ikhwan, dan Zura kecoh sekali menceritakan mengenai teman chatting yang baru dikenali, Faiz. Baik dan romantik katanya.







Selepas Zura berlalu membawa bersama pinggan-pinggan dan mug yang katanya tidak berbasuh sejak dua hari lepas, Fasihah segera memanggilku dari dalam bilik air. Dia meminta tolong supaya mengambil bakul baju tersebut. Aku tidak kisah. Bukan aku tidak pernah meminta tolong darinya sebegitu.







Saat aku menyuakan bakul tersebut, dia membuka pintu bilik airnya. Dia berkemban, dan kelihatan agak kekok. Buru-buru dia mengambil bakul tersebut dan mengucapkan terima kasih padaku, lantas menutup kembali pintu bilik air. Sedang aku seperti tersihir. Dia amat cantik!!







Air mata Izah mula bertakung.







"Aku ini, nama sahaja Hafizah, Yang Terpelihara.. tapi tidak pun menggambarkan peribadiku.. entah apa yang terpelihara. Auratku kah? Pergaulanku kah? Ibadahku kah? Ahh..semuanya tidak!" Air mata Izah tambah melebat. Dia sedaya upaya menahan esakan tangisnya.







Dia merasa sudah lelah pada permainan dunia. Yang pasti, dia bukannya bahagia begitu. Ada juga dia berbincang-bincang dengan teman-teman se'kepala'nya. Hasil muzakarah, mereka mencapai kata sepakat : "Untuk apa menjadi hipokrit. Jadilah diri sendiri!" Awalnya dia bersetuju. Lama kelamaan dia mula goyah dengan doktrin itu. Itupun setelah bermesej dengan seorang ustazah, Ustazah Sakinah namanya. Ustazah Pendidikan Islam sekolah menengahnya dahulu.







Kata ustazah, "Hipokrit yang bagaimana dimaksudkan? Contohnya begini, kalau kita boleh memilih.. telur, beras, gred Exam umpamanya, mesti kita mahu yang gred A. Justeru itu juga dalam kita memilih halatuju hidup kita. Tentunya kita mahu semuanya yang terbaik, gred A. Ibadahnya, pergaulannya, pemakaiannya, semuanya gred A. Gred A dan sebagainya itu tentulah sudah ada dalam suluhan agama. Hanya kita selama ini yang hipokrit, memilih gred B, C dan sebagainya sedangkan hati kita sebenarnya mahu Gred A. Fitrah kita asalnya cenderung pada Gred A, kerana agama Islam itu sesuai dengan fitrah. Cuma kita yang menjadi hipokrit pada diri sendiri, menafikan kemahuan hati sendiri, ego pada kata hati sendiri!"







Selepas banyak berbincang dengan Ustazah Sakinah, aku seringkali memikirkan mengenai perkara ini. Cuma, untuk bertanya pada Fasihah, aku sebenarnya rasa malu. Dalam erti kata lain, egokah aku?? Ya, aku sebenarnya ego. Ternyata aku memandang rendah pada pelajar jurusan Pengajian Islam. Fikirku, aku jurusan Perubatan. Bagai langit dan bumi. Melangkah keluar sahaja dari universiti aku bisa memilih untuk bekerja di hospital manapun. Tiada istilah menganggur dalam kamus kehidupan seorang graduan perubatan. Namun aku lemah, aku kalah dalam menaksir makna sebenar sebuah kehidupan. Maka, jadilah aku seperti sekarang.







Mataku sudah menjadi umpama empangan yang pecah. Air mata tak tertahan lagi. Ternyata selama ini aku mengingkari fitrah, suara hati sendiri. Aku sebenarnya amat dengki pada mereka. Entahlah, susah untuk kugambarkan. Mereka manis dan sopan menjaga aurat. Persahabatan mereka bukan retorik, malah susah sekali untuk mendengar kata-kata kesat keluar dari bibir mereka. Apatah lagi untuk bergaduh, bermasam muka sesama mereka. Bergaduh kerana lelaki? Mempermainkan perasaan lelaki? Ah.. untuk mendengar nama seorang lelaki dari bibir mereka pun amat payah. Yang pasti, lelaki yang soleh tentulah untuk mereka. Mereka-mereka yang meletakkan agama dan Allah di tempat teratas, lebih dari segala-galanya. Sahabat, aku juga ingin sepertimu. Dalam ketenangan menghadapi hidup ini....







Di saat itu aku merasa akulah insan yang hina di hadapan Fasihah. Apatah lagi, aku merasakan akulah manusia yang paling kerdil dan hina di hadapan Allah. Umurku sudah 22 tahun, seperti juga Fasihah. Namun aku amat pasti, dia sudah jauh belayar ke lautan cinta Allah, dan mungkin sudah sampai ke pantai kemanisan iman. Sedang aku masih tersekat-sekat jauh di atas gunung sana. Muara masih jauh dalam genggamanku, apatah lagi untuk mula belayar di lautan cinta Ilahi dan tiba ke pantai kemanisan iman..







Fasihah bergerak-gerak. Aku segera menyapu air mataku, dan berpaling ke sisi lain. Fasihah bangun, melipat selimut, dan mengemaskan katilnya. Dia segera menuju ke bilik air bersama baldi dan tualanya. Tak lama kemudian, dia kembali ke bilik. Mengambil bakul bajunya. Azan Subuh berlagu syahdu bagi jiwa-jiwa yang hidup.







"Emm...... tak ke surau ke....." tuturku lambat-lambat.







"Emm..tak boleh solat pulak. Baru je.. Cadang nak basuh baju.. kenapa Zah?" Fasihah terkejut.







"Haa...takde apa-apa.."







Fasihah berlalu, dan aku berbelah bahagi. Cadangnya aku ingin bersamanya ke surau. Aku merasa tak kuat dalam keseorangan.







Tiba-tiba aku bangun. Kekuatan menerpa ke dalam jiwaku. Lalu mulai saat itu aku tekad! Saat aku melangkah kaki ke surau, meninggalkan bilikku pada fajar yang hening itu, aku bertekad untuk meninggalkan jua segala fitrahku yang songsang. Walau aku harus sendiri, aku ingin merasa indahnya hidup bertemankan Allah dalam setiap langkahan kakiku, dalam setiap hela nafasku. Ya! Inilah jalan hidupku yang ku cari-cari.







Sedang dari jauh ada sepasang mata memerhatikan. Ada air hangat mengalir di situ...







"Sesungguhnya Dunia dan Segala Isinya adalah Perhiasan.. dan Sebaik-Baik Perhiasan Dunia ialah Wanita Solehah..."



p/s : Aku juga bukan perempuan yang baik , tapi sekadar dijadikan teladan :)

December 1, 2010

Ermmm ..


November 29, 2010

Kentut

Heeee~ Title macam sakai kan ? kentut ... Hmm , tibatiba ja aku rasa nak tulis pasal kentut sebab hari ni adik aku rajin sangat kentut . Tak tau lah ape masalah dia . Aku pelik la jugak kan , ye la .. bila kita kentut , kita suka sangat dengan bau dia , bagi kita bau tu sangat wangi .. tapi bila kita bau kentut orang , kita bising .. sedangkan bau sama saja .. kita kata dia kentut busuk lah , pengotor lah .. kita kentut wangi ke ? aku tau korang semua macam tu kan ? eleh , mengaku je lah ! kentut ni berdasarkan kajian ada baik & buruknya . Ada pegawai kesihatan ( negara dirahsiakan ) cakap , kalau kita rajin bau kentut kita mahupun kentut orang , boleh menyembuhkan penyakit yang menyebabkan mampus macam sakit kepala terover , lelah , gangguan pada mata ( yang sedia rabun terkecuali ) , emfisema ( kejadah pun tak tau ) , bronkitis sakit jantung dan lain lain lah ( pandai lah cari sendiri ) . Ada jugak fakta mengatakan setiap tahun di negara mana ntah , kentut mampu memulihkan 800 kes serangan jantung , 250 kes angin ahmar , 30000 kes lelah dan 50000 kes sakit telinga ( yang bela badak dalam telinga aku tak tau kes apa , maaf ) . Natijahnya *kosa kata tinggi , kalau korang bau kentut di manamana terutama dalam LRT atau monorel atau lif , jangan la tutup hidung .. sedut je bau tu .. bagus untuk kesihatan . Kepada sesiapa yang nak kentut tapi ada ramai orang time tu , jangan tahan , kentut je sebab secara tidak anda sedari , anda telah menjadi doktor . tak payah la nak tahantahan kentut tu .



November 28, 2010

You are my miracle ..


I look at you
and see a walking miracle .
Your unfailing love without limit
your ability to soothe my every hurt
the way you are on duty , unselfishly
every hour , every day
makes me so grateful
that I am yours and you are mine .
With open arms and open heart
with enduring patience and inner strength
you gave so much for me
sometimes at your expense .
You are my teacher
my comforter , my encourager
appreciating all , forgiving all .
Sometimes I took you for granted
but I don't know and I never will again .
I know that everything I am today
relates to you and your loving care .
I gaze in wonder
as I watch you being you .
Mom , you are my miracle ...
I LOVE YOU
p/s : Mak , if you do read this , this is originally created by me , your daugter . Forgive me mak .

November 25, 2010

Tempat beranak , tempat dibesarkan & semualah !





Okay , huhh ? what happened siang tadi ? nak storystory la ni . Hari ni abah & mak cuti . YEAYY for that everyone . Yeayy ! ( sakai sikit , maaf ) . Pagipagi bute tu diorang dah keluar . Tak tau lah ke mane arah tuju . Lepas tu , dalam pukul 10 pagi macam tu diorang balik . SURPRISE ! Aku dengan adik terbungkang tidur lagi . Naik hangin la korang pun . Dengan gelabah + selamber aku pun bangun la mandi . Secara mengejut , aku baru teringat aku tak iron tudung lagi . MASYAALLAH .. fikiran aku terus melayang dekat tudung saji colour purple mak aku tu . tapi Alhamdulillah , Allah berikan lagi kewarasan dekat aku . Aku pun terhegeh - hegeh la iron tudung putih berbatu bate tu . lepas tu terus bergegas pergi BSN , sebab ape ? sebab aku jadi guard kat situ la . *heeee~ .. taklah , sebab nak buat kad ATM aku . maklumlah , aku baik hati sangat sedekah kad yang lame tu kat orang . Kene la buat lain . Agenda selepas BSN ialah sesi menambah kolestrol dalam badan yang sedia banyak ni . pergi la Restoran Nelayan Ujung Batu . kalau sapesape nak try boleh la . ikan buntal die , eh silap ikan bawal die goreng panaspanas . LAZAT sehingga menyiat lidah korang ... tak tipu . kalau sape berminat boleh minta alamat die kat google maps , InsyaAllah ade . okaylah , kalau nak cerita satusatu aku takut nanti post ni terkeluar laptop je , so aku summarise la sikit memandangkan aku dah biase buat summary ni . kitorang pergi pusing Penang sebenarnye . Tempat bertuah pada abad ini ialah Muzium Perang Pulau Pinang .
Kat muzium ni semue tunjuk pasal sebelum dan selepas Perang Dunia . Aku rase kalau aku tinggal kat situ , sehari turun bepuluh - puluh kilo lah kot . maunye tak , turun tangga , naik tangga . Ikan bawal dalam usus aku pun dah muntah hijau agaknya . ( maaf , tapi kenyataan )
Tempat die agak menyeramkan . walaupun aku ni jenis kategori berani , tapi tadi aku rase cuak jugak , tapi Alhamdulillah tak jadi apeape tadi . bile dah keluar tu semua melahap . nak beli air la sebab penat berjalan . walaupun air liur kering ditelan tapi nak jugak beli air . Favourite aku seperti biase , MILO !
Lepas tu , kitorang pun tak tau nak solat Zuhur kat mane , aku buat la request kat mak aku solat kat airport je .
Yela , lame gile aku tak pergi . Terubat jugak rindu aku tadi . Aku sebak sangat tadi . kalau tidak dekat airport la aku tergedik - gedik berlari mengejar flight . kat airport ni lah aku jadi famous sebab wajib je name aku kena announce sebab lambat masuk . kat airport ni la aku tolak troli beg dari Langkawi . kat airport ni la , aku dengan alyaa beli waffle kalau lapar sambil menunggu ibubapa menjemput *touching ni . But Langkawi was a chapter in my life . It will be many more and I never scared to try it . Memories were fine , but we couldn't see them , touch them and hold them . They were not exactly as the moment was , and they faded with time .. ( maaf , tetibe masuk BI ni . aku memang sakai ) . Apeape pun sekarang aku masih ade kawankawan yang selalu ingat aku misalnya Alyaa Rashid . *weeeeee~
Daaaa ...

November 24, 2010

Dhiya Dinie

Dhiya Dinie Saad

Thank you sebab willing layan aku malam ni sampai pukul 2 or something . Sumpah cakap , rindu gile tahap cipan dah ... When I heard your voice aku terbyangkan kite dekat Langkawi dulu . Ohh , sangat 'hebat' kan kite dulu ? Heeeee~ . Yela , mane ade orang yang pernah kene tangkap dengan Ustaz Khoe kalau tak pegi tewarih . Kite siap buat mesyuarat lagi dengan HEP kan ?? Dah takde dah kawan yang suare die 'cute' sangat macam kau sayang . Walaupun suare aku lagi 'cute' *tetibe je , tapi kau memang sangat cute ( aku tau ayat k****g , maaf ) . Malam tadi kite share banyak cerite kan ? dari A sampai masuk alif ba ta dah , tapi aku tak puas lagi . Aku teringin nak jumpe kau face to face bersame hidangan yang menyelerakan di depan mata lalu kite berbual . Kau boleh bagitau aku tak bile waktu tu ?? ( walaupun aku tau tak akan ) *k****g sebentar , maaf . Rahsie pun banyak jugak yang aku tau tadi , terima kasih kerana sudi berkongsi dan mengongsikan rahsie yang agak latest and HOTT ! tapi jangan risau wahai sahabat , rahsie itu tidak akan dibangkitkan . Dhiya , kau tau tak kau roomate yang baik , kawan yang memahami ( even sometimes kau amat annoying , dimaafkan ) . Aku tau kalau kau bace post ni mesti kau dah tak nampak macam kau . Mungkin semakin kembang mewangi . Tapi percayelah , our friendship will last forever ok ? Aku harap nanti kite boleh jumpe lagi or kite further studies samesame .
AMIN ...

November 23, 2010

When I mentioned about you ....


I adore you guys <3

You make my life WONDERFUL . When I put myself by your side I could feel you are sharing your strength with me . Yes . Thank you . Our life full of LAUGHTER . We do feel the sadness but haha ! what do we care ? We are who we are . Ya , they hate us but we don't ever bother them kan ? Next year we gonna CONFOUND diorang ! Aku tau kite BOLEH ! ( even I haven't touch any of my homeworks ) *jengjeng ! That is what we call 'azam' or mat salleh kata WISHES (>_<)
I do really miss you . 12 November sampai sekarang , aku tak gelak gulingguling atas katil lagi sepertimana aku buat kat maktab . Haishh , bila saat tu ? Aku selalu tunggu bile la plan yang kite rancang tu nak menjadi , tapi nampaknye semue macam sibuk dengan hal sendiri . Hmmm :'(
Dah lame jugak sebenarnye aku tak menyanyi menjerit melalak melopong macam mane aku buat kat maktab . membabi bute ? yang tu tak suruh pun aku dah buat . ngeeee~
Rara dengan Jaja pun mesti rindu kat aku yang selalu melayan kerenah mereka dengan penuh sabarnye . Rara tu , kalau nak makan semue bagitau kat aku . What's on earth die ade tuan kalau tuan die sendiri tak faham ape die cakap ? weeee~ joke ok tyra ? Agagaga :D
Aku rindu waktu prep kat DTSP exclusive bersama Ruby *the sexiest cat in Beseri ok . kihkih~
lepas prep kalau hari tu hari kebulur , hari melahap dan harihari yang sama waktu dengannya , mesti kita rushing pegi cafe walau hujan ribut datang melanda , demi usus kecil dan besar yang meronta inginkan makanan , akan kita redah jua *ecehh , tetibe je .
Hari yang kite bangun pukul 7 tu lah yang aku rase tak nak lupe . Ade ke patut . Dah la hari tu exam . Nasib baik sempat je nak mandi ( aku je la tu pun sebab malam tu aku pakai minyak ) *weeee~ .. banyak sangat cerite kalau nak rungkai satusatu macam Abang Wan selalu buat kan ? ohh lupa , good luck to SPM candidates of Beseri . Aku nak cakap aku rindu kesakaian kita 4 orang :(

November 22, 2010

gembira . HAPPY . gembira


Harry Potter And The Deathly Hallows :)
Thousands thanks to beloved cousins ( to many to shout out their names even I do really wanna do that ) .
And yes Ijah , it was my first time watching Harry Potter . Trust it dear *winkwink
McChicken plus McFlurry Oreo made my tummy felt like BOOOOMMM !!
Thanks for that Kak Mirah . And everything lahh ok ? Apeape pun ,
I DO REALLY HEARTS THE DAY !

November 19, 2010

Favourites


I hearts CHOCOLATES !




I do loves editing picture a lot ..

November 16, 2010

Its symbolise me ...



This is enough to show how much I felt after you heard me your voice

November 15, 2010

PERASAAN


Bile aku cakap " Aku rindu kau " , aku memang memaksudkannya :)

November 14, 2010

Green Day :)















  1. Woke up around 11 a.m. and rushed to jalan TAR to buy tudung to suit up with my green Satin .
  2. HAJRA , the shop where i found my tudung .
  3. Went to Pak Lang's house in Klang . We had our lunch there at a Kelantanese stall .
  4. Around 6 , we make a move to Kampung Pengantin Kuala Lumpur :)
  5. Reached there when everyone's watches showed 7.30 p.m.
  6. Ate , ate and ate sampai gemuk !
  7. I helped them gave the cenderamata (candies , purse and jeruk originally from Penang)
  8. Makan dan makan lagi :)
  9. PHOTOGRAPHY !

November 13, 2010

EXHAUSTED (!)

It will be updated soon :)

November 12, 2010

S.M.I.L.E

I got home at the end , going to miss :

  1. DB 0-20
  2. The SAKAI-ANS
  3. Makcik DS :)
  4. CRUSH <3

Many MIRACLE thingy happened . WOOSHH ! 29 October 2010 , ohh only God knows how much i adore the date :)

Last day for girls' outing . HAHA ! I got ZERO in my purse but i still tergedikgedik nak outing . Thanks abah for the bank-in :) RM30 . That is enough ! Stationeries , CHOCOLATES , and for tomyam stall yang sedap di Kangar , then the RM30 became RM10 . Ohh ! How im going to survive in BESERI with that frigging RM10 ??? Took a taxi to fetch Parh and Tyra , habis satu Kangar driver tu pusing tapi tak jumpa . ADUH ! in polite way " berape ringgit pakcik ?" i asked him . "Pakcik tak ambik banyak dik , RM8 je ." He replied me in veryvery polite way , too . HAHA ! now only RM2 left . Wasting time dekat The Store and lastly , pakcik tu panggil and tanya nape tak balik lagi . terus terang je kata duit tak cukup . Pakcik tu kasi free je naik taxi sampai BESERI . terima kasih pakcik . May Allah bless you . :)

Banyak lagi stories actually . Final exam lagi . Result nanti mesti macam sakai macam tuan die jugak . haihh , REDHA je la .

so , Tata ! :)


October 9, 2010

Goodbye doesn't mean forever

Im starving ! yes , really do ..
Today already Sunday and it's time to face the maktab again and again ....
12th November , im awaiting for you , babe .. please , please and please make it fast God ! Semester on 1st November really make me wanna scream like ...... !
I'll try my best baby .. (ayat tu je lahh setiap tahun)
To abah , mak and adik .. Thanks for your visits .. Thanks for everythings ..
I adore you family <3
And lastly , Byebye :'(

Senyum dan lagi !


Ini yang aku rasa bila dapat pulang bermalam di Hotel Sri Garden , Kangar bersama keluarga . Baru di maktab beberapa minggu , tapi bagaikan setahun . Menempuhi selaras 2 , amat mencabar . Resultnya membuatkan aku tercabar . Takpe , masih ada semester . Yang penting dalam masa satu hari ni , nak enjoy dengan family je :)

ABAH , MAK , ADIK :


I LOVE YOU !